Khamis, 4 Februari 2010

Sebahagian Tugasan Luar


Inilah aktiviti yang paling seronok bagiku.Menjadi pengacara dalam sesuatu majlis rasmi.Gambar ini diambil ketika perasmian Program Combi di PPR Kg Muhibbah pada tahun 2008.Majlis dihadiri oleh wakil Ketua Pengarah DBKL,Pegawai Perpaduan Daerah Cheras Puan Habibah,Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Cheras Encik Zaizie,Pegawai Jabatan Kesihatan DBKL Dr Umi dan lain-lain VIP.Sudah menjadi kebiasaan bercakap dengan anak murid so jangan beri mikrofon nanti tak berhenti bercakap.Aha...tengok majlis juga la.Thanks to bekas Pegawai Perpaduan Daerah Campbell Encik Zulkifli Shuib.Kerana beliau adalah orang pertama yang memberi kepercayaan kepadaku untuk menjadi pengacara majlis.Dari situ maka bermulalah aktiviti luarku iaitu menjadi pengacara majlis.Satu tugasan yang tak pernah ku bayangkan satu ketika dulu kerana dulu aku adalah seorang yang amat pendiam.sepatah orang tanya sepatah ku jawap tapi sekarang....he,he,he sepatah orang tanya berjela-jela jawapan ku.

Kawanku

Kalau nak tau inilah sebahagian dari kawan-kawan di Daerah Campbell.Gambar ni diambil sewaktu lepas habis kursus sebelah petang.kalau kawan-kawan nak tengok gambar lainnya he,he,he kena la call sendiri ye.Masa tu kami ambil kesempatan jalan-jalan tepi pantai.sempat possing kat depan resort lagi.Banyak kenangan pahit manis di Daerah Campbell.Yang pasti kawan-kawan semua ok.Lebih kurang halal la ye sebab gambar ni tak mintak izin kat korang nak kuarkan kat blog ni.Jangan mare....

Pengajaran

Kenangan dengan rakan-rakan semasa kursus di PD.Ada masa teringat saat-saat suka, tersenyum sendirian.Di Daerah Campbell banyak meninggalkan kenangan pahit manis yang ada ketika menyentuh perasaan.Biarlah kenangan itu jadi seperti mimpi.Terkadang kita seringkali tersilap menilai seseorang.yang pasti Yang Maha Kuasa mengkehendaki setiap sesuatu kejadian pastilah untuk kebaikan jua kerana sesungguhnya DIA tidak pernah menzalimi hambaNya.Pengalaman mematangkan pemikiran bahkan mengajar kita erti hidup.Nak tau kisah selanjutnya.......tunggu!

Selasa, 2 Februari 2010